17 Dis 2013
Ok hari ni aku buat kisah pasal lima ejen gores dan menang didakwa di Mahkamah Majistret Jenayah KL hari ini melibatkan tuduhan menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah.
Bila cover pasal benda ni, teringat masa aku menjadi mangsa sindiket gores dan menang dulu. Waktu itu tahun 2009, dah 3 tahun berlalu tapi masih segar di dalam ingatanku.
Huhu. Kisahnya bermula semasa aku dan kawan baik aku pegi jalan-jalan area Berjaya Times Square. Lepas gi shopping2 tu, kitorang nak ke Sungei Wang Plaza pula yang terletak bertentangan bangunan Times Square.
Nak dijadikan cerita, ketika kami sedang menuruni anak tangga, ada la seekor makhluk tuhan yang berbadan agak gempal ni tahan kami dan tawarkan satu cabutan bertuah dengan cara menggores kad yang ada pada mereka.
"Kita ada banyak hadiah, tengok kalau u ada sikit lucky boleh menang itu kereta," terngiang-ngiang je ayat dy tu..
Yelah, aku pun time tu baru berumur 20 tahun, baru nak kenal dunia. Bila dengar je boleh menang kereta, putih mata terus. haha bodohnya.
Memang tak fikir panjang, terus dengar dengan penuh teliti ape yang direpekkan apek sorang tuh.
Lepas tu, boleh pulak dia kemukakan syarat kepada akau untuk redeem hadiah tu, aku kena collect kat opis dia yang terletak di Danau Desa. So memandangkan aku gi KL tu naik bas je sebab takde kenderaan, nampak gayanya terpaksa la naik teksi untuk tuntut hadiah.
Dengan apek tu skali naik kereta.
Sampai je depan opis mangkuk hawau tu, aku jugak la yang kena bayar tambang. Cilake punye apek.
Yang peliknya, aku macam da kena pukau time tu tak boleh nak pikir panjang..dalam kepala aku cuma pikir harap2 aku bertuah la dan boleh terus bali rumah naik kereta baru..
Kat opis tu pulak, macam-macam la dorang terangkan, kalau nak gores hadiah kereta kena beli barangan elektrik dulu, ikut pakej dan macam2 lagi lah!
Aku ni pun ikut je apa dia cakap..memang bodoh. Sebab mungkin aku xsedar aku kena tipu..
Dia suruh aku beli barang2 ni harga dalam RM1,000 lebih la..dah la aku baru dapat gaji yang tidak seberapa tu..
Sanggup ni keluar kejap gi cucuk duit kat atm petronas depan pejabat tu..last2 lepas da bayar tu aku pun gores la kad tu..aku menang tilam ape ntah..untuk tulang bagai.
Waktu tu pun aku masih belum sedar. Lepas da balik rumah barulah aku macam dapat berpikir, aku da kena kincheng rupenya..lahabau punye apek..cilakaa luuu..
So sekarang bila aku tengok depan mata sendiri yang ejen-ejen tu dihukum, baru aku puar hati sikit walaupun yang kantoi tu bukan apek yang da tiaw duit aku..lepas ni aku akan pastikan kalau aku ternampak lagi kumpulan2 yang menawarkan gores dan menang ni, memang siap laaaa..korang takkan terlepas.
And to all Malaysians out there, pls be extra careful and do not trust anyone when it involves money..till then.
xoxo.
Tuesday, 17 December 2013
Tuesday, 26 November 2013
my very first post in this blog
Cubaan pertama menghasilkan blog yang aku kira boleh disamakan dengan penulisan diari cuma bezanya dulu kita tulis diari dalam buku tapi apakan daya, bila dah habis setahun dan setiap helai muka surat sudah dipenuhi, entah di mana kita campak naskhah itu.hehe..
Kini dengan perkembangan dunia teknologi, kehidupan manusia dimudahkan dan kita tidak perlu lagi membazir kertas untuk menulis apa yang tersirat di hati ini. hanya berbekalkan rangkaian jalur lebar internet sahaja kita boleh menyimpan data secara maya dan tak perlu risau hilang atau terbakar.. (tapi kalau lupa password masalah jugak tu).
Hei ape merapik ni..ok sekarang ni nak decide ape nak kongsi dulu ya..hehe..
Subscribe to:
Comments (Atom)