My words are getting rusty. Terkondensasi membentuk kepingan coklat pada badan berbesi.
Monday, 26 January 2015
Villa Nabila - Review
Sorry, aku bukan peminat cerita hantu. Itu fakta. Bukan sebab aku kekwat, tapi sebab aku penakut hehe. Tapi semalam petang aku gi tengok satu movie kat Mentakab Mall yang aku rasa korang patut tengok la. Villa Nabila.
Okey, sebagai petugas media, mase berita kehilangan seorang remaja kat villa tu kecoh, aku yang kat kl pun bz lah ngan follow up citer tu.
Biro Johor plak rasenye kena standby depan mansion tu lah nak tunggu update kan. Termasuklah orang ramai yang datang sampai jem kat area tu sepanjang 2 kilometer.
Citer dia starting tu memang aku rase nak maki je sebab time production buat ala-ala dokumentari tu, ade part yang gi buat tinjauan dekat dalam villa tu.
Camera dia buat aku sakit mata, dah la aku duduk baris ketiga dari skrin. Pening weh. Kot ye pun nak buat macam melawat kawasan, camera pegang la betul2, ni goyang sane goyang sini. Pffttt.
So far aku puas hati la tengok penceritaan dy. Citer jadi menarik bila part lakon semula. Tu memang win. Citer pendek je tapi boleh rasa la. Sape yang pernah alami bende2 ghaib ni tentu tahu.
Okey aku dig balik story lama kat mainstream media, katenye MBJB tak cadang nk robohkan villa tu sebab owner bayar cukai. Tapi dalam citer ni MBJB arahkan satu syarikat kontraktor ni untuk musnahkan rumah tu dalam tempoh masa lima hari.
Kat situ aku da kompius, tapi maybe dorang suruh robohkan tu secara underground je kot tapi xberjaya.
Team kontraktor:
*Manaf - Bos
*Asyraf - Pekerja contoh la, kesayangan bos (Pekin)
*Amar - Ala2 assistant Asyraf
*Ishak - Pekerja paling banyak curik tulang, bermasalah, degil
*Pastu ade tiga lagi pekerja yg watak dia xpenting sangat
Part yang lakonkan semula tu dorang try pecahkan tembok, dinding, tebas pokok ape semua tapi esoknya bila datang balik, semuanya kembali ASAL.
Ya, xde perubahan. even bijik limau ngn colok kat depan pintu masuk yang dorang da sodok buang pun elok je terletak balik depan pokok tu.
Then dorang plan tinggalkan camera. Konon andaiannye ade orang sabotaj kerja doranglah walhal terang2 dinding tu semua xnampak macam baru dibina semula.
Gagal. Sebab camera takde night vision. Haha.
Esoknye macam biase semua kembali seperti sediakala. So bengang punya pasal dorang plan nak stay situ je malam tu. Ok, citer dy si Ishak ni taik nombor ekor. So hari sebelum tu dia tinggalkan botol kosong nak mintak nombor lah.
Tapi tak berjaya. Takde nombor ditinggalkan dalam botol tu. Dicampaknye botol tu sampai pecah berderai atas lantai.
Ok nak dijadikan cerita masa dorang bermalam kat perkarangan villa nabila tu, Ishak masuk ke dalam villa lepas gaduh ngn salah seorang pekerja.
Dia bawak satu plastik. Rupenye sebab xdapat nombor tu dia sakit hati la kan, diserunye hantu tu. Dalam plastik tu ade colok, lilin and barang2 pemujaan. Amik kau, terus kena rasuk.
Yang lain kat luar tu masuk la sebab nak tengok ape jadi kat Ishak. Dah meracau ah..
Ok nak tau citer selanjutnya, tengok sendiri. Pasal ape kena tengok? Sebab hantu dia memang scary weh..damn siot aku gi tengok plak muka dia..ciss! Balik tu aku housemate aku pun ketakutan lalu tido ngan aku haha.
Selamat menonton!
Saturday, 24 January 2015
Kosong.
Hati berbisik pada dalang rasa
Membenam keinginan menakluk, memiliki
Kerana dirasuk ketidaktentuan kamu
Tapi aku masih berharap.
Kadang.
Lihat dia yang aku tak terlawan
Hebatnya dia tak termampu aku tanding
Menjamah mata aku hingga putih.
Sakit.
Bersekutu.
Seangkatannya memilih dia
Menambah gusar yang meruntun di jiwa sepi
Siapalah aku.
Dan setelah beberapa tahun aku menyepi daripada dunia penulisan. Senyap. Takde khabar. Sibuk barangkali? Kejadah. Hakikatnye ko malas nuliskan.. Binawe.
Okey, sambil aku sumbat telinga dengan pekik lolong Serj Tankian ni, wowowowooooooo aku nak berbasa-basi dengan keyboard. Bare with me.
Lah, kau da kenapa? Ni nak citer ape ni? Bajet orang baca blog kau haha. Pasal cinta? Mungkin. Pasal kasih. Pasal sayang. Pasal hati. Pasal perasaan. Yang abstrak itu, tak nampak lukanya, kalau ada.
Oh, ko tanye ape sebab aku tak kahwin lagi? Walaupun gi kenduri member dok jeling-jeling macam aku tau-tau je nak tanye ape. Siot. Diam mah.
Satu, sebab jodoh tu belum ditemukan. Dua, sebab aku takde duit kepuk-kepuk dalam bank. Tiga, suka hati akulah!
Kepada makcik-makcik, pakcik-pakcik di luar sana tak kira di mana anda berada, udah-udah la dengan soalan cepuk cemas tu.. Bukan takde yang nak, bukan takde yang aku berkenan, tapi kalau dia bukan untuk aku buat ape nak kecoh. Sabar lah.
Yang penting redha. Doakan kebahagiaan mereka yang dah ketemu jodohnya. Alhamdulillah. Amin.
TBC
Okey, sambil aku sumbat telinga dengan pekik lolong Serj Tankian ni, wowowowooooooo aku nak berbasa-basi dengan keyboard. Bare with me.
Lah, kau da kenapa? Ni nak citer ape ni? Bajet orang baca blog kau haha. Pasal cinta? Mungkin. Pasal kasih. Pasal sayang. Pasal hati. Pasal perasaan. Yang abstrak itu, tak nampak lukanya, kalau ada.
Oh, ko tanye ape sebab aku tak kahwin lagi? Walaupun gi kenduri member dok jeling-jeling macam aku tau-tau je nak tanye ape. Siot. Diam mah.
Satu, sebab jodoh tu belum ditemukan. Dua, sebab aku takde duit kepuk-kepuk dalam bank. Tiga, suka hati akulah!Kepada makcik-makcik, pakcik-pakcik di luar sana tak kira di mana anda berada, udah-udah la dengan soalan cepuk cemas tu.. Bukan takde yang nak, bukan takde yang aku berkenan, tapi kalau dia bukan untuk aku buat ape nak kecoh. Sabar lah.
Yang penting redha. Doakan kebahagiaan mereka yang dah ketemu jodohnya. Alhamdulillah. Amin.
TBC
Subscribe to:
Comments (Atom)
